Langkah pertama dengan Okawix:
Apabila anda melancarkan Okawix buat kali pertama, anda akan perasan bahawa di bahagian atas tetingkap Okawix letaknya palang alatan; di bawah palang alatan letaknya palang carian; dan di bawah palang cerian itu letaknya bingkai pengurusan korpus di kiri dan bingkai utama di kanan. Bingkai utama itu membolehkan anda memilih bahasa kandungan (juga dipanggil arkib, atau Korpus) yang ingin anda muat turun supaya boleh dibaca ketika tidak bersambung dengan Internet. Anda boleh memilih sebanyak mana bahasa yang anda mahu.
Misalnya, pilih Bahasa Melayu, kemudian klik Select languages.
Maka munculnya satu senarai semua arkib yang ada. Selain itu, anda juga mendapat kemungkinan meminta supaya tapak web anda disalin ke dalam arkib; anda cuma perlu mengisikan alamat e-mel dan URL tapak web anda, kemudian klik Request.
Klik butang Download pada arkib yang anda mahu layari di luar talian. Okawix menyarankan supaya anda menyimpan arkib ini di dalam pemacu setempat, dalam direktori pilihan anda.
Anda boleh memilih untuk memuat turun arkib itu dengan atau tanpa gambar (supaya masa dan jumlah ruang storan setempat yang diperlukan untuk muat turun itu tidak terlalu besar).
Klik Pasang. Kemudian, arkib yang terpilih itu disimpan, dan laman utamanya tampil dalam bingkai utama (tanpa gambar jika anda memilih untuk tidak memuat turunnya). Dalam bingkai kiri pula, nama arkib berkenaan dibubuh dalam senarai arkib simpanan setempat.
Barulah anda boleh membaca rencana-rencana dalam arkib ini ketika tidak bersambung dengan Internet.
Butang Undur dan Mara: membolehkan anda berulang-alik antara sumber yang sebelumnya dan yang berikutnya, sama seperti mana-mana pelayar Internet.
Butang Laman Utama: memaparkan laman utama arkib yang anda rujuki dalam bingkai utama, dan bingkai pengurusan korpus di sebelah kiri.
Butang Tunjukkan hasil carian: memaparkan hasil carian terkini anda dalam bingkai boleh lipat di kiri.
Butang Tunjukkan sejarah: memaparkan carian yang pernah anda lakukan dahulu (sejarah carian) dalam bingkai boleh lipat di kiri apabila menggunakan petak carian Okawix. Klik pada satu butir dalam sejarah carian anda untuk memaparkan hasil carian yang anda klik itu dalam bingkai kiri yang sama.
Butang Cetak laman ini: melancarkan utiliti pencetakan dalam sistem pengendalian anda.
Butang Kandungan selanjutnya: memaparkan corpus management frame di sebelah kiri, dan borang pemilihan bahasa (jika bahasa sudah pun dipilih ketika sesi Okawix semasa, munculnya pula laman pemilihan arkib dengan arkib-arkib yang disediakan dalam bahasa-bahasa pilihan anda) dalam bingkai utama di sebelah kanan.
Butang Bantuan: memaparkan panduan pengguna ini (dalam tetingkap panduan pengguna, anda juga akan menemui butang Perihal. Klik butang Perihal untuk membuka petak Perihal yang berisi penghargaan Okawix).
Bagaimana untuk mencari di dalam korpus (Ruangan Cari dan butang Cari!): Okawix membolehkan pencarian dalam korpus aktif untuk rencana-rencana yang berkenaan dengan pertanyaan pilihan anda. Kefungsian ini dibawakan oleh enjin carian semantik Wikiwix (yang dibangunkan di samping Okawix, oleh syarikat Linterweb).
Pencarian adalah mudah sahaja: anda cuma perlu menaipkan pertanyaan anda dalam ruangan carian. Apabila anda menaipkan pertanyaan itu, ciri auto-lengkap memberi anda cadangan pertanyaan yang berkenaan dengan apa yang anda taipkan setakat itu dan kepada korpus yang aktif semasa (kefungsian auto-lengkap autocomplete hanya diaktifkan selepas anda menaipkan sekurang-kurangnya empat huruf dalam ruangan; anda diingatkan bahawa jika dalam senarai cadangan tidak nampak satu perkataan pun tidak bererti perkataan itu langsung tidak terdapat dalam korpus, ataupun tiadanya rencana korpus yang sepadan dengan pertanyaan anda itu).
Sebaik sahaja pertanyaan anda ditaipkan, ikuti salah satu langkah yang berikut untuk melengkapkan pencarian:
- klik salah satu istilah yang dicadangkan.
- pilih salah satu istilah yang dicadangkan dengan kekunci kursor ↑ dan ↓, kemudian tekan Enter.
- taipkan sepatah dua perkataan dalam ruangan Cari lalu tekan Enter.
- taipkan sepatah dua perkataan dalam ruangan Cari lalu klik butang Cari!.
25 hasil carian pertama dipaparkan dalam bingkai boleh lipat di sebelah kiri, diisih mengikut keberkaitan dengan pertanyaan anda. Nama-nama rencana yang dijumpai oleh enjin carian ditulis dalam palang-palang segiempat yang berwarna-warna dengan kepanjangan yang seimbang dengan keberkaitan rencana-rencana berkenaan dengan pertanyaan anda.
Nota 1: kemunculan sesuatu rencana dalam hasil carian yang berkaitan dengan pertanyaan tidak bermaksud rencana itu mengandungi semua kata-kata dalam pertanyaan ini; keberkaitan sesuatu rencana itu dinilai oleh enjin carian Wikiwix dengan bantuan algoritma-algoritma kompleks yang butirannya di luar skop dokumentasi ini.
Note 2: Wikiwix direka untuk menguruskan pertanyaan-pertanyaan yang diajukan dalam bahasa perbualan harian dengan sebaik-baiknya. Maksudnya, daripada sekadar menaipkan kata-kata kunci dalam ruangan carian yang anda harapkan akan memulangkan hasil-hasil carian yang terbaik, iaitu daripada perlu menyesuaikan pertanyaan anda dengan enjin carian seperti yang anda lakukan dengan kebanyakan enjin carian lain, dengan Wikiwix, anda boleh mengajukan pertanyaan anda seperti mana anda menyoal seorang manusia. Misalnya, andaikan anda ingin tahu berapa tingginya Menara Eiffel. Dengan Wikiwix, anda boleh menanyakan soalan anda sebegini: "Menara Eiffel berapa tinggi?". Kemudian, Wikiwix akan cuba "memahami" maksud pertanyaan anda lalu menghantarkan balik hasil-hasil carian yang paling berkaitan dengan soalan ini. Walau apapun, kita mesti ingat bahawa Wikiwix belum lagi mencapai tahap kecerdasan manusia sebenar berkenaan dengan pemahaman soalan; setiap keluaran Okawix dan Wikiwix yang baru akan sentiasa membawakan peningkatan.
Butang Cari kata dalam laman ini: membolehkan pengguna untuk mencari kejadian sesuatu rentetan aksara tertentu dalam laman yang sedang dipaparkan dalam bingkai utama. Apabila anda mengklik butang itu, timbulnya kotak dialog Cari. Dalam ruangan teks, isikan sebarang rentetan aksara yang ingin anda cari dalam laman itu.
Tandai kotak semak Match case jika anda inginkan carian yang sensitif besar kecil huruf (misalnya, jika pilihan ini dipilih, dan anda mencari perkataan "negeri", maka kejadian perkataan "Negeri" akan diabaikan kerana tidak sepadan besar kecil huruf yang anda taipkan, yang mana "Negeri" bermula dengan huruf besar, sedangkan "negeri" hanya terdiri daripada huruf kecil).
Tandai kotak semak Wrap jika anda mahu carian bersambung ke atas laman selepas sampai di bawah laman.
Anda juga menetapkan arah tuju pencarian: dari atas ke bawah jika Down dipilih, atau dari bawah ke atas Up dipilih.
Kemudian, klik Find Next untuk memulakan pencarian. Jika ada, kejadian pertama rentetan aksara disorotkan dengan warna biru. Klik sekali lagi untuk mencari kejadian kedua, jika ada, dan sekali lagi untuk mencari yang ketiga, dan selebihnya. Jika tiada atau tiada lagi kejadian yang dijumpai dalam laman itu, anda akan melihat pesanan "The text you entered was not found" (melainkan kotak semak Wrap bertanda).
Klik Cancel untuk menutup kotak dialog Cari yang kecil itu.
Laman pemilihan bahasa: laman ini membolehkan anda memilih bahasa kandungan (juga dipanggil arkib atau Korpus) yang anda mahu muat turun supaya boleh dibaca ketika tidak bersambung dengan Internet. Jika bahasa-bahasa belum dipilih dalam sesi Okawix semasa, anda perlu mengakses laman ini dengan mengklik butang Kandungan selanjutnya pada palang alatan. Jika bahasa-bahasa sudah dipilih, laman pemilihan arkib dipaparkan pula di tempat laman pemilihan bahasa; kemudian, anda boleh mengubah bahasa-bahasa pilihan dengan mengklik edit (selepas ungkapan "Bahasa terpilih").
Anda boleh memilih beberapa bahasa. Bahasa-bahasa itu diisih mengikut jumlah rencana Wikipedia dalam bahasa masing-masing.
Kemudian, klik Pilih bahasa, dan laman pemilihan arkib dipaparkan.
Laman pemilihan arkib: Laman ini membolehkan anda untuk mula-mula memilih arkib-arkib yang hendak dimuat turun supaya boleh dilayari ketika tidak bersambung dengan Internet, kemudian menawarkan anda untuk mewujudkan arkib-arkib tapak web sendiri. Anda mencapai laman ini dengan mengklik butang Kandungan selanjutnya pada palang alatan. Jika bahasa-bahasa belum dipilih dalam sesi Okawix semasa, laman pemilihan bahasa dipaparkan, bukan laman pemilihan arkib; oleh itu, mula-mula anda perlu memilih bahasa-bahasa kandungan (juga dipanggil arkib, atau Korpus) yang hendak dimuat turun, kemudian klik Pilih bahasa, barulah anda boleh membuka laman pemilihan arkib.
Laman pemilihan arkib menunjukkan kepada anda arkib-arkib mana yang boleh didapati untuk bahasa-bahasa yang anda pilih terdahulu, dan berapa besar arkib-arkib berkenaan.
Untuk memuat turun sesebuah arkib, cuma klik butang Muat turun yang sepadan dengannya. Kemudian, laman pemasangan arkib ini dipaparkan, dan nama arkib itu ditambahkan dalam senarai install arkib yang menunggu untuk dipasang untuk sesi Okawix semasa dalam bingkai pengurusan korpus (bingkai boleh lipat di sebelah kiri).
Akhir sekali, jika anda mahu mewujudkan arkib tapak web sendiri, anda cuma perlu mengisikan alamat e-mel dan anda dan URL tapak web anda, kemudian klik Request.
Laman pemasangan arkib: membolehkan anda memuat turun dan memasang arkib yang dipilih. Untuk ke laman ini, ikuti salah satu langkah yang berikut:
- dalam bingkai pengurusan korpus (bingkai boleh lipat di sebelah kiri), klik nama arkib pilihan anda, dalam senarai install, asalkan senarai ini tidak kosong.
- jika arkib yang anda hendak pasang tidak kelihatan dalam senarai install arkib-arkib yang menunggu untuk dipasang untuk sesi Okawix semasa dalam bingkai pengurusan korpus, maka dalam laman pemilihan arkib, anda perlu klik butang Muat turun yang berpadan dengan arkib pilihan anda.
Laman ini menunjukkan nama arkib yang hendak dipasang, dan direktori di mana arkib itu akan disimpan (jika anda mahu memilih direktori yang lain, taipkan laluan direktori itu dalam ruangan teks yang berkenaan, atau klik butang Browse dan pilih direktori yang bersesuaian).
Jika pilihan Pasang imej dipilih, imej-imej yang terkandung dalam rencana akan dimuat turun dan dipasang sekali (ini akan memanjangkan tempoh muat turun serta membesarkan jumlah ruang storan setempat yang diperlukan untuk menyimpan arkib itu).
Jumlah saiz bahan yang anda pasang itu (arkib sahaja, atau arkib dengan imejnya) juga dipaparkan di bawah butang Layari.
Jika anda klik Batalkan, ini akan menggugurkan nama arkib itu daripada senarai install dalam bingkai pengurusan korpus.
Jika anda klik Pasang, Okawix akan memasang arkib itu, sementara namanya akan dialihkan dari senarai install kepada senarai local arkib-arkib yang sudah dipasang dalam bingkai pengurusan korpus. Jika arkib ini pernah dipasang dahulu, anda akan mendapat pesanan bahawa korpus itu sudah dipasang, dan ditanya sama ada anda hendak mengemaskininya.
Bingkai pengurusan korpus: membolehkan anda menguruskan korpus (juga dipanggil arkib atau kandungan), cth. untuk memasang atau menyekatnya, membubuh gambar, ...
Anda boleh mengakses bingkai ini dengan mengklik Laman utama pada palang alatan atau Kandungan selanjutnya. Bingkai ini boleh dilipat dan sentiasa dipaparkan di sebelah kiri antara muka.
Bingkai ini mengandungi (dari atas ke bawah):
- senarai local arkib-arkib yang sudah dipasang (jika ada). Anda boleh mengklik mana satu arkib dalam senarai ini untuk memaparkan laman utama arkib ini.
- senarai install arkib-arkib yang menunggu untuk dipasang pada sesi Okawix semasa (jika ada). Anda boleh mengklik mana satu arkib dalam senarai ini memaparkan laman pemasangan arkib ini dalam bingkai utama di sebelah kanan antara muka.
- mungkin juga, butang http. Anda boleh mengklik butang ini untuk melihat laman pemilihan bahasa di sebelah kanan antara muka (jika bahasanya sudah pun dipilih pada sesi Okawix semasa, laman pemilihan arkib yang terdapat untuk bahasa-bahasa yang dipilih terdahulu dipaparkan secara langsung).
Di bawah bingkai ini, anda akan melihat dua butang:
- Tambah gambar: jika satu arkib dalam senarai local atau install dipilih, anda boleh mengklik Tambah imej untuk memaparkan laman pemasangan dalam bingkai utama di sebelah kanan antara muka, dan anda juga akan ditawarkan untuk terus ke pemasangan imej-imej rencana berkenaan untuk arkib ini
- Buang: jika satu arkib dalam senarai local atau install dipilih, anda boleh mengklik Buang untuk memadamkan arkib senarai ini. Jika arkib tersebut berada dalam senarai local (maka dipasang dalam setempat), fail-fail yang berpadan dengannya turut dihapuskan.
documentation translation made by